PROJEK FASA KE 2
PROJEK NOVEMBER 2010
UMUR POKOK 1 BULAN
CENTIL
PROJEK FERTIGASI LADA CENTIL
UMUR POKOK 2 BULAN
SEGAR DARI LADANG
TINGGI POKOK 3 KAKI
HASIL YANG SEGAR
TERBAIK DARI LADANG
Projek Fertigasiku
SALAM 1 MALAYSIA
Selamat datang dan selamat melayari blog ini untuk mengetahui dan berkongsi idea-idea tentang fertigasi.Fertigasiku telah membuat projek mini lada kampung fertigasi yang sebelum ini fertigasiku banyak membuat pemerhatian tentang keberkesanan penanaman lada kampung melalui sistem fertigasi.Melihat dari segi kesesuaianya dan keberhasilannya,fertigasiku berpendapat bahawa fertigasi ini sesuai jika di tanam dengan lada kampung selain tanaman dari tanaman jenis berbuah yang lain.Cuma kita harus memilih veriaty lada yang sesuai agar memberikan penghasilan yang tinggi dan sekaligus dapat memberi pulangan.Telah setahun dari tarikh hari ini fertigasiku telah membuat projek ini secara sistem terbuka dan didapati terdapat masalah dari segi serangan serangga dan juga pengawasan yang lebih dan berjadual.Ketika musim hujan,lada kampung fertigasi secara terbuka juga mengalami masalah tersendiri sedangkan pelbagai racun serangga telah diguna pakai mengikut jadual penyemburan yang disyorkan.Kini fertigasiku telah melangkah ke satu tapak dengan membina Rumah Pelindung Hujan bagi memberikan penyelengaraan yang minimum dan pengeluaran hasil yang maksimum.
FAKTOR PEMBINAAN RPH
Pada dasarnya pembinaan RPH ini agak tinggi kosnya tetapi agak berbaloi
kerana di dalam RPH ini penyelengaraan,tenaga kerja,kawalan rumpai,kawalan serangga dapat dikurangkan.Penghasilan dapat ditingkatkan.Pada musim tengkujuh kebanyakan harga lada kampung agak tinggi kerana kekurangan bekalan lada dipasaran.Lada agak sensitif jika mendapat hujan yang berlebihan dan RPH sedikit sebanyak akan membantu kita dalam mengeluarkan hasil pada musim tengkujuh.Fertigasiku dengan langkah bijak mengambil keputusan membina Rumah Lindungan Hujan selain melihat dari segi faktor-faktor diatas.Kini RPH fertigasiku telah siap dan menunggu anak benih yang disemai dapat di pindahkan ke polibeg.Fertigasiku memilih veriaty lada centil disebabkan beberapa faktor yang telah memberi keputusan yang agak memuaskan bagi pihak Fertigasiku.

KELEBIHAN FERTIGASI DALAM RPH
Kaedah ini mempunyai kelebihan tersendiri berbanding dengan kaedah fertigasi secara terbuka. Di antara kelebihannya ialah :
1. Nutrient yang lengkap diberi boleh dikawal dari segi jumlah dan kehendak tanaman mengikut peringkat umur tumbuhan serta tiada pelepasan baja ketika hujan
2. Media dan persekitaran yang bersih menjamin dan menghindar masalah penyakit
3. Mengatasi masalah tanah ( tidak subur, perumah penyakit dan perosak )
4. Hasil yang lebih tinggi kerana tiada pembaziran dan akar menerima nutrient yang secukupnya
5. Tiada masalah merumpai/rumput
6. Kualiti hasil yang lebih baik
7. Penggunaan air dan baja yang lebih cekap dan ekonomi
8. Penjimatan tenaga buruh dengan system automatik
9. Kurang penggunaan racun
10. Jarak tanaman rapat dan diurus secara sistematik
11. Penyakit tidak boleh berjangkit antara pokok

Projek kajian Lada Kampung Fertigasi
FERTIGASIKU juga sedang mencuba dan mengkaji menanam pokok lada centil fertigasi dengan menanam 2 pokok didalam 1 polibeg.FERTIGASIKU telah menanam sebanyak 74 POLIBEG ini menjadikan jumlah pokok sebanyak 148 POKOK dengan keluasan kawasan 20 kaki X 15 kaki bersamaan 300 kakipersegi.Lokasi projek ujian dibelakang rumah.Pihak FERTIGASIKU akan sentiasa mengemaskini gambar-gambar serta hasil kajian ini dimana projek ini telah siap ditanam sepenuhnya pada 1/1/2010 dan menjadikan lebaran tahun baru 2010 ini sebagai batu aras kepada Pihak FERTIGASIKU ke arah tranformasi pertanian fertigasi.Apa yang kami inginkan untuk kajian ini adalah meminimumkan kawasan serta memaksimumkan jumlah pokok yang ditanam dan menambahkan penghasilannya dimana sebelum ini kebanyakan lada/cili ditanam hanya 1 pokok didalam polibeg dimana kita akan menggunakan kawasan yang luas bagi memperbanyakkan kuantiti pokok yang ditanam.
Kaedah yang dijalankan untuk projek kajian ini
1. Jenis Varieti Centil
2. Saiz Polibeg 16 mm x 16 mm (putih)
3. Kadar baja ( bajaan EC Meter 1.7 )
4. Kekerapan pembajaan 6kali selama 3minit/hari
5. Semburan racun serangga ( 3 hari sekali )
6. Jenis racun ( Pegasus + Dragon 505 + Malathion + Agen perangsang )
7. Jarak tanaman 3 kaki X 2 kaki
8. Tidak menggunakan batu bata
9. Media cocopeat 100 %

Setakat 7 hari umur pokok melalui kajian/ujian yang dijalankan oleh FERTIGASIKU mendapati:
1. Pertumbuhan pokok hidup sekata
2. Belum ada sebarang serangan dari serangga
3. Penerimaan nutrien baja nampak sekata
4. Tiada masalah
Setakat 12 hari umur pokok, Fertigasiku mendapati:
1.Pokok mula bercabang dua.
2.Cabang diukur dari pangkal, tinggi 0.8 kaki
3.Tunas air mula bercambah dengan cepat dianggarkan 0.2 mm setiap hari
( Fertigasiku sentiasa mencantas tunas air )

SETELAH 30 HARI PROJEK KAJIAN FERTIGASIKU
1. Pokok telah bercabang pada usianya 14 hari.
2. Pokok telah mengeluarkan bunga pada usianya 20 hari.
3. Pokok telah mula berbuah pertamanya pada usianya 30 hari.
4. Kekerapan penyiraman ditingkatkan.
5. Kadar baja dan bacaan EC Meter ditingkatkan pada 2.0

CABARAN/RISIKO PENANAMAN LADA BAGI PIHAK FERTIGASIKU
Ketika musim hujan
1 Serangga sentiasa menyerang pokok lada seolah pokok lada menjadi rumah sementaranya yang akan membawa kerosakan pada pokok akibat virus yang disebarkan oleh serangga.Puncanya air hujan akan mengurangkan keberkesanan racun serangga.Langkah terbaik ialah bina Rumah Pelindung Hujan dan sembur racun setiap hari
2.Pokok yang sihat/gemuk boleh patah apabila terkena hujan yang lebat beserta angin.Langkah terbaik ialah bina Rumah Pelingdung Hujan dan banyakkan tiang sokongan pokok lada serta ikat ranting-ranting pokok lada ke tiang sokongan.
3.Polibeg menjadi reput.Kebanyakan polibeg putih boleh dipakai selama semusim,sedangkan pokok lada kampung boleh hidup selama 1 tahun.Jadi bagi menyelamatkan pokok untuk hidup lebih lama kena tukar polibeg baru.
Ketika Musim Panas
1.Menuai hasil,biasanya pokok lada yang sihat/gemuk memberikan hasil yang banyak.
(rekod setakat ini Fertigasiku dapat memetik 300 gram untuk 1 pokok dlm seminggu bayangkan kalau semua pokok menjadi,tak sakit pinggang dan panas ) kesimpulannya kena rajin petik dan jual.
2.Ketika pokok berumur 6 bulan ke atas,pokok lada memerlukan air yang banyak( AWAS JIKA TIDAK MENGGUNAKAN TIMER AUTO )jika menggunakan sistem fertigasi secara manual( tidak menggunakan timer ) kena rajin siram,agar pokok tidak layu.
3.Pokok mudah tumbang,jika musim kering media cocopeat 100% akan kering dan ringgan akibat air yang disalirkan akan diserap dengan banyak,ini mengakibatkan polibeg menjadi ringan dan rebah jika ditiup angin.Campurkan cocopeat + sekam + pasir untuk langkah ini jika menhadapi masalah ini.
4.Penitis akan sumbat akibat mendakkan benda asing di pangkal penitis.Sentiasa chek sekurang-kurangnya sebulan sekali.
LANGKAH PALING BERKESAN UNTUK PERMASALAHAN INI
1. Bina rumah pelindung hujan bagi mengurangkan kos pekerja mengurangan serangan dan mengelakkan masalah cuaca.
2. Jika menghadapi masalah/kerosakan pada sistem fertigasi,cepat-cepat selesaikan,jangan tangguh atau biarkan takut ia menjadi lebih teruk/parah.
3. Jika terdapat serangan serangga/virus jangan simpan pokok itu tetapi asing ia dan cuba rawat.Jika tidah berkesan,cabut dan bakar pokok yang terkena serangan itu tadi.
4. Ape-ape pun yang penting kita kena rajin jangan cepat give up.Kena sentiasa chek/belai pokok-pokok lada agar segala pemasalah dapat dikesan awal.